Mayat Mangsa Nahas Pesawat Tahun 1968 Ditemui Selepas Penantian 65 Tahun

WorldSpace
17 Oct 2024 • 3:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Keluarga mangsa akhirnya mendapat jawapan selepas penantian selama 56 tahun apabila mayat seorang ahli keluarga mereka yang maut dalam tragedi pesawat terhempas pada tahun 1968 berjaya ditemui oleh pihak berkuasa di Kerala, India Selatan.

Memetik laporan Sinar Harian, adik mangsa yang dikenali Thomas menerima panggilan telefon daripada pihak polis daerah Pathanamthitta di Kerala, India Selatan memberitahu mayat abangnya, Thomas Cherian telah ditemui.

image is not available

Foto: X DefencePROTvm

“Apabila berita ini sampai kepada keluarga, kami merasakan kegelisahan, ‘kesesakan’ selama 56 tahun selama ini terus hilang,” kata Thomas kepada BBC Hindi pada Rabu.

Cherian merupakan salah seorang daripada 102 penumpang pesawat Tentera Udara India yang terhempas di pergunungan Himalaya pada 1968 akibat cuaca buruk.

Mayat pertama salah seorang penumpang ditemui pada tahun 2003 dan selama bertahun-tahun pasukan tentera menemui lapan lagi mayat.

image is not available

Foto: The Indian Express

Pada 2019, serpihan pesawat itu ditemui dari kawasan pergunungan.

Baru-baru ini, kemalangan 1968 itu kembali menjadi tumpuan apabila tentera menemui empat mayat termasuk Cherian.

Mayat pertama daripada penumpang pesawat tersebut ditemui pada tahun 2003, dan sepanjang bertahun-tahun pasukan tentera menemui lapan lagi mayat.

image is not available

Foto: X DefencePROTvm

Ketika kehilangannya, Cherian baru berusia 22 tahun dan dia merupakan anak kedua daripada lima beradik.

Pegawai menggunakan imej satelit, radar dan dron untuk mengesan mayat.

Menurut Kolonel Lalit Palaria, penggunaan radar membolehkan pihaknya berjaya mengesan objek logam yang tertimbus di bawah salji sedalam kira-kira 20 meter, mengenal pasti serpihan di kawasan itu.

image is not available

Foto: Onmanorama

Pasukan itu kemudian menggali runtuhan dengan tangan dan menemui satu mayat, manakala tiga lagi mayat ditarik dari celah-celah glasier.

Pada satu mayat itu pakaian seragam Cherian mempunyai tanda nama ‘Thomas C’, dan dia mempunyai dokumen pengenalan diri di dalam poketnya dijumpai.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Shamsul Abd Ghani)