Digelar ‘Duda Paling Hot', Ini Komen Fattah Amin - “Terima Kasih Buat Peminat, Tanpa Mereka Tiada Fattah Amin”

17 Oct 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Populariti aktor kacak Fattah Amin makin mencanak selepas bercerai sehingga dihujani jutaan sokongan warganet dan dilabel sebagai duda paling ‘hot’ tahun ini!

Syukur sokongan peminat

Fattah Amin ketika ditemui Gempak bagaimanapun enggan memberi sebarang komen sewaktu diminta mengulas mengenai gelaran tersebut. 

Malah, aktor berusia 34 tahun itu hanya menitipkan ucapan syukur dengan sokongan yang diberi para peminat. 

“Alhamdulliah, sekarang saya rasa sangat terharu dengan keadaan ini. Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang sentiasa sokong kerjaya saya dari awal dulu sehingga sekarang. Terus doa yang baik-baik.

“Duda terhangat saya tak nak komen pasal itu. Terima kasih kepada semua peminat, tanpa mereka siapalah saya. Tak berdirilah Fattah Amin di sini,” katanya ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana All Access to Rossa 25 Shining Years.

Sementara itu, pelakon filem Pendekar Awang itu turut berkongsi dia sedang melakukan persediaan menubuhkan perniagaan bagi melancarkan produknya sendiri. 

“Sekarang saya tengah sibuk fokus karier dengan Fatimah. Itu sahaja jadual saya. Ketika buat siaran langsung itu saya tak sangka dapat sambutan sebegitu kerana niat saya buat live itu untuk ucap terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya.

“Pada masa yang sama, saya nak buat bisnes. Tapi saya tak sangka pula malam itu viewers dan likes saya sangat tinggi. Terima kasih kepada semua yang join live.

“Saya sekarang sedang menubuhkan pasukan untuk memulakan perniagaan. Selepas itu, baru akan buat produk sendiri. Harap proses itu dilancarkan,” ujarnya.