Mayat mereput ditemui dalam ruang tayar pesawat

27 Aug 2026 • 7:57 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Mayat mereput ditemui dalam ruang tayar pesawat

SEPANG – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan mereput di ruang simpanan tayar sebelah kanan sebuah pesawat di kawasan parkir pesawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada Pusat Kawalan Operasi Lapangan (AOCC) kira-kira jam 7 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan di ruang simpanan tayar pesawat berkenaan menemukan seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mangsa.

“Mangsa dianggarkan berusia antara 17 hingga 25 tahun berdasarkan saiz fizikal,” katanya.

Ravi berkata, ketika ditemukan, mangsa memakai hoodie berwarna putih dengan gambar naga di bahagian belakang serta tulisan ‘Oakley’ di bahagian hadapan.

Mangsa turut memakai seluar jeans biru muda, tali pinggang kulit berwarna coklat, stokin dan kasut sukan berwarna hitam.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan dikesan pada badan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mayat lelaki terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang bagi proses bedah siasat.

Katanya, siasatan kini dijalankan mengikut prosedur kematian mengejut (SDR).

Difahamkan, pesawat berkenaan tiba dari Tokyo, Jepun sebelum mayat mangsa ditemukan di ruang simpanan tayar.

Hasil pemeriksaan awal turut mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih 72 jam.

Identiti mangsa serta punca kematian masih dalam siasatan pihak polis.

The post Mayat mereput ditemui dalam ruang tayar pesawat appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved