Mayat Muhammad Muiz ditemukan tersangkut pada kayu

10 Nov 2026 • 3:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat Muhammad Muiz ditemukan tersangkut pada kayu
Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki, Muhammad Muiz Muhammad Luqman, 2, tidak dapat menahan sebak selepas anaknya ditemukan meninggal dunia pada 10.29 pagi ini. - Foto Bernama.
Image from: Mayat Muhammad Muiz ditemukan tersangkut pada kayu
Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki, Muhammad Muiz Muhammad Luqman, 2, tidak dapat menahan sebak selepas anaknya ditemukan meninggal dunia pada 10.29 pagi ini. Foto Bernama
Image from: Mayat Muhammad Muiz ditemukan tersangkut pada kayu
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia pada Selasa.

Mayat Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.

**media[3705666]**

Menurutnya, mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula jam 9.30 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi.

**media[3705659]**

Menurutnya, operasi itu membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, operasi SAR menggunakan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer.

"Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.

Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.

 

Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.

Mangsa kali terakhir dilihat bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved