Mayat Nelayan Hilang Ditemukan Pagi Ini, Rakan Masih Hilang

6 Jul 2023 • 1:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mayat seorang daripada dua nelayan yang disyaki hilang sejak petang semalam di perairan Sungai Besar ditemukan pagi tadi. - Gambar Azim Rahman

SHAH ALAM - Mayat seorang daripada dua nelayan yang disyaki hilang sejak petang semalam di perairan Sungai Besar ditemukan pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa ditemukan seorang nelayan pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani pada pukul 9.35 pagi.

“Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Kamarudin Che Om, 65, dibawa ke jeti dan telah disahkan oleh keluarga mangsa yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau rakan mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Mohd Noh Wah, 55 tahun.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved