
Kota Kinabalu: Polis sedang menyiasat dakwaan pembunuhan seorang pengurus pembinaan berusia 63 tahun yang mayatnya ditemui berhampiran Pantai Tanjung Aru, malam Rabu lepas.
Anaknya membuat laporan polis petang Isnin lalu (31 Oktober) apabila mangsa tidak pulang selepas keluar makan malam, pada malam sebelumnya.
Menurut laporan itu, anak lelaki itu telah cuba menelefon dan datang ke tempat kerja warga emas itu tetapi tidak berhasil menemuinya.
Berdasarkan maklumat daripada rakan sekerja mangsa, keretanya kemudian ditemui di belakang sebuah restoran di Hilltop, Luyang.
“Laporan polis ini dibuat untuk mendapatkan rakaman CCTV di kawasan itu,” menurut laporan itu.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang pemain golf yang aktif berdasarkan maklumat yang diberikan oleh rakan-rakannya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


