Mayat peniaga makanan wanita ditemukan tepi sungai, disyaki dibunuh

LocalPolitics
14 Feb 2025 • 9:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUANTAN, 14 FEB: Mayat seorang peniaga makanan wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini semalam .

Ketua Polis Daerah Kuantan Asistenkomisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah hari tadi.

Beliau berkata bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita itu.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah Kuantan serta merupakan seorang peniaga makanan.

“Menurut saksi, mangsa datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved