Mayat remaja lemas ditemui lebih 100km di Kudat

16 Jul 2023 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kelapan bagi mengesan remaja lelaki yang dilaporkan lemas di Sungai Tuaran, Kg Telibong Tamparuli pada 8 Julai lalu, dihentikan selepas mayatnya ditemukan orang awam di daerah Kudat pada Sabtu.

Mayat Mohd Hisham Iskandar Azli, 13, ditemukan oleh orang awam di tepi pantai Kg Rukom, Kudat kira-kira jam 9.10 pagi Sabtu sebelum memaklumkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang Sabtu.

“Operasi ditamatkan serta-merta selepas pasukan bomba menerima maklumat berhubung penemuan mayat mangsa di tepi pantai Kampung Rukom, Kudat.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more “Ia juga selepas ahli keluarga mangsa selesai menjalankan pengecaman identiti pada jam 4.15 petang,” katanya.

Abdul Qawie berkata, pihaknya juga dimaklumkan mayat mangsa yang ditemui pada jarak lebih 100 kilometer dari lokasi kejadian itu sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pada 8 Julai lalu, mangsa dilaporkan terjatuh dari Jambatan Gantung Kampung Damat – Kampung Lakang di Kg Telibong, Tamparuli.

Operasi kawasan SAR turut diperluaskan sejauh 17.6 kilometer sehingga Pantai Sabandar dengan kekuatan seramai 80 anggota yang terdiri dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, Tiger Platun Pasukan Gerakan AM (PGA), Unit Selam Pasukan Polis Merin, Unit Dron Pasukan Gerakan Udara PDRM, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Tuaran, Unit Selam JBPM, Unit K-9 JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Hasil tinjauan sejak jam 8 pagi Sabtu juga mendapati lebih 100 orang awam turut serta membantu pasukan penyelamat di Sungai Tuaran dan muara Sungai Bolong.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.