Mayat Seorang Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Dalam Roda Pesawat

22 Dec 2022 • 3:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mayat Seorang Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Dalam Roda Pesawat

Mayat seorang lelaki telah ditemui di ruang roda sebuah kapal terbang yang melakukan penerbangan dari Gambia ke Britain, kata pihak berkuasa Gambia pada minggu ini.

Berdasarkan laporan CBS News, mayat lelaki kulit hitam yang tidak dikenali itu ditemui dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh TUI Airways.

Syarikat itu merupakan sebuah syarikat penerbangan sewa milik British yang telah melakukan penerbangan dari ibu negara Gambia ke lapangan terbang Gatwick London.

Menuru jurucakap kerajaan Gambia, Ebrima G. Sankareh dalam satu kenyataannya pada Selasa, pesawat itu melakukan penerbangannya pada 5 Disember lalu.

Kerajaan Gambia telah menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada minggu ini selepas diberitahu oleh Polis Metropolitan Sussex England.

“Menurut maklumat, lelaki berkulit hitam yang maut itu ditemui dalam ruang roda pesawat tanpa dokumen pengenalan diri untuk menentukan nama, umur, kewarganegaraan atau jadual perjalanannya. Tiada maklumat jelas berkenaan mangsa ketika ini,” kata Sankareh.

Pihak berkuasa Gambia sedang bekerjasama dengan polis Britain dan mayat berkenaan juga telah dibawa ke bilik mayat untuk menjalani ujian DNA dan siasatan lanjut.

Kejadian tersebut bukanlah yang kali pertama pernah terjadi di negara tersebut. Awal tahun ini, polis di Amsterdam menemui seorang penumpang yang bersembunyi di dalam ruangan roda hidung pesawat kargo yang tiba dari Kenya.

Pada tahun lepas pula, polis di sempadan telah menemui seorang mayat lelaki warga Nigeria di dalam gear pendaratan pesawat yang tiba di lapangan terbang di Schiphol.

Sumber: CBS News