Mayat suami isteri ditemui dalam kereta di dasar Sungai Rompin

3 Dec 2025 • 9:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Pasangan suami isteri ditemui mati dalam kereta yang terjunam ke Sungai Rompin, operasi SAR berjaya angkat kenderaan dari dasar sungai

KUANTAN: Mayat sepasang suami isteri yang hilang selepas kemalangan ditemui dalam kereta mereka di dasar Sungai Rompin petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa ialah pemandu lori Mohd Zairil Bidin, 40, dan isterinya Aisyah Shafie, 55.

Kereta itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 59 meter dari lokasi asal kemalangan.

“Kenderaan dinaikkan menggunakan kren sebelum mayat mangsa ditemukan di dalam kereta itu,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Rompin untuk prosedur bedah siasat.

Operasi SAR yang melibatkan JBPM, APM dan penduduk kampung ditamatkan pada 3.11 petang. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved