Mayat suami isteri ditemui dalam kereta terjunam di Sungai Rompin

3 Dec 2025 • 5:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Rompin di Kampung Ayau ditemukan lemas.
image is not available
Kedua- dua mangsa ditemui terperangkap dalam kereta.
image is not available
Keadaan kereta dinaiki mangsa selepas diangkat dari dasar Sungai Rompin pada Rabu. FOTO JBPM PAHANG

ROMPIN - [KEMAS KINI] Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Rompin berhampiran Kampung Rantau Panjang, Leban Chondong, Kuala Rompin di sini ditemukan lemas pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mayat Mohd Zairil Bidin, 40, yang merupakan pemandu lori dan isterinya, Aisyah Shafie, 55 dari Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak ditemui terperangkap dalam kereta kira-kira jam 2.50 petang.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua itu berjaya menemui kereta jenis Perodua Myvi itu jam 11 pagi di dasar Sungai Rompin, kira-kira 60 meter dari lokasi kenderaan tersebut terjunam.

**media[3360106]**

"Kenderaan itu berjaya dinaikkan jam 2.50 petang dengan bantuan kren sebelum mayat kedua mangsa dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat,

"Kertas siasatan kes orang hilang (OH) telah diklasifikasikan semula sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada Selasa itu, Mohd Zairil dan isterinya, Aisyah dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Rompin pada kedalaman dianggarkan 10 meter.

**media[3360131]**

Semasa kejadian, air sedang pasang dan arus agak kuat menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menjadi lebih mencabar.

Pihak bomba menjalankan pencarian di permukaan menggunakan bot aluminium, manakala Unit Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pekan diaktifkan untuk menjalankan selaman.