Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi 

27 Apr 2024 • 8:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar fail

SEREMBAN - Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan mayat itu pada jam 2 petang daripada lelaki berusia 63 tahun yang sedang menjala ikan.

"Kita percaya lelaki yang hanya memakai seluar jean itu meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lepas berdasarkan mayatnya yang mereput dan berbau," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pemeriksaan menemukan tatu pada tangan kiri dan kanan lelaki itu, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai padanya.

Menurut Mohamad Hatta mayat berkenaan berkemungkinan hanyut dari Sungai Ulu Bendul dan sehubungan itu, orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved