Mayat wanita dengan kesan luka ditemukan di Pantai Pengerang

17 Jan 2026 • 11:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat wanita dengan kesan kecederaan pada bahagian paha kanan ditemukan di pantai berhampiran Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang pagi tadi - Gambar hiasan

KOTA TINGG - Mayat wanita dengan kesan kecederaan pada bahagian paha kanan ditemukan di pantai berhampiran Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan wanita terdampar dipercayai lemas di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 10.40 pagi.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian paha kanannya. Identiti mangsa masih dalam proses pengesahan dan punca kematian sedang disiasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat akan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat pada 9 pagi esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga supaya menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizi Said di talian 017-925 2768 atau mana-mana balai polis berdekatan atau Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di 07-8831222. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved