Mayat Wanita Dengan Kesan Tembakan Ditemukan Di Durian Burung 

21 Jul 2024 • 11:10 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mayat Wanita Dengan Kesan Tembakan Ditemukan Di Durian Burung

ALOR SETAR, 21 Julai (Bernama) — Mayat seorang wanita dengan kesan tembakan pada bahagian badan ditemukan di kawasan Durian Burung, dekat Padang Terap, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata mayat wanita yang dipercayai warga Thailand berusia lingkungan 30-an itu ditemukan oleh orang awam di tepi jalan lama di kawasan berkenaan.

“Kita terima laporan berhubung penemuan itu pada pukul 7 malam. Sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian dan menemukan mayat wanita itu dengan kesan tembakan di bahagian badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved