Mayat wanita dikerat ditemui di tempat pembuangan sampah

12 Feb 2026 • 10:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penemuan mayat seorang wanita dikerat di tempat pembuangan sampah pada pagi Khamis.

KOTA KINABALU - Penduduk di sekitar perumahan Taman Indah Permai di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dikerat di tempat pembuangan sampah pada pagi Khamis.

Mayat tersebut dipercayai ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.

Setakat ini, pihak polis masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan terhadap penemuan mayat tersebut.

AKAN MENYUSUL