Mayat Wanita Ditemui Di Tempat Letak Kereta Pusat Beli-Belah Di Kuching

2 Jun 2023 • 11:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita 20-an ditemui mati di Kuching

Mayat Wanita Ditemui Di Tempat Letak Kereta, Pusat Beli-Belah Di Kuching. Mayat wanita berusia 20-an ditemui di tingkat bawah tempat letak kereta pusat beli-belah di Jalan Wan Alwi, di sini malam tadi.

Menurut sumber, seorang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di tempat letak kereta menemui mayat itu.

Menurut paramedik dari Hospital Umum Sarawak yang turut berada selepas insiden memaklumkan bahawa wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: google

Berdasarkan kecederaannya, mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian yang agak tinggi, mungkin dari tingkat atas tempat letak kereta.

Dalam pada itu, mayat mangsa telah dipindahkan ke jabatan forensik hospital untuk bedah siasat.

Kunci dan kasut ditemui di tingkat 7

Difahamkan, satu set kunci dan sepasang kasut dipercayai milik si mati ditemui di tingkat tujuh tempat letak kereta berkenaan.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: borneopost

Untuk makluman, pihak polis telah dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca juga artikel yang berkaitan: