Mayat wanita ditemui terapung dalam sungai

25 Feb 2026 • 1:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat seorang wanita ditemukan terapung di dalam sungai berhampiran Masjid Seberang Pumpong kira-kira jam 8.27 pagi pada Rabu. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Mayat seorang wanita ditemukan terapung di dalam sungai berhampiran Masjid Seberang Pumpong di sini dalam kejadian kira-kira jam 8.27 pagi pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, anggota di Pusat Kawalan Daerah menerima panggilan kecemasan MERS 999 yang memaklumkan penemuan berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati wanita berkenaan mempunyai tiga anak lelaki yang kini dijaga bekas suami di Kulim.

“Temu bual dengan waris iaitu bapa mangsa memaklumkan wanita berkenaan bekerja sebagai jururadiografi di sebuah klinik di Jitra.

“Mangsa dikatakan mempunyai sejarah sakit mental dan masih menerima rawatan,” katanya.

Syed Basri berkata, maklumat diperoleh memaklumkan kali terakhir mangsa bersama keluarga ialah pada jam 7.31 malam Selasa ketika berbuka puasa.

Bagaimanapun, katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa juga tidak menemukan sebarang kesan yang boleh dikaitkan dengan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.