Mayat Wanita Ditemui Terapung Di Muara Sungai

13 Jul 2023 • 9:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mayat itu ditemui nelayan dalam keadaan lengkap berpakaian - gambar hiasan

GEORGE TOWN, 13 Julai (Bernama) -- Mayat seorang wanita berusia lingkungan 60-an ditemukan terapung di muara sungai berhampiran Medan Pantai Jerejak, Bayan Lepas dekat sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan penemuan mayat dalam keadaan lengkap berpakaian itu pada 11.45 pagi.

"Pihak bomba dimaklumkan mayat itu ditemukan oleh nelayan di kawasan tersebut sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Anggota bomba mengangkat mayat itu dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.

Menurut jurucakap itu, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 12.33 tengah hari. -- BERNAMA