Mayat Wanita Ditemui Terlentang Di Hadapan KFC Wisma Sanyan

21 Nov 2022 • 4:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang wanita menemui ajal di dalam Wisma Sanyan hari ini.

Mayat Wanita Ditemui Terlentang Di Hadapan KFC Wisma Sanyan. Lebih kurang pukul 2 petang tadi, seorang wanita telah menemui ajalnya di Wisma Sanyan Sibu. Mayat wanita berkenaan ditemui di hadapan sebuah restoran makanan segera KFC di dalam bangunan berkenaan.

image is not available
Mayat Wanita Ditemui Terlentang Di Hadapan KFC Wisma Sanyan. Sumber gambar: BORNEO POST online

Wanita tersebut dipercayai warga Vietnam

Difahamkan, wanita berkenaan merupakan warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 30-an dan disyaki membunuh diri di tempat kejadian.

image is not available
Mayat Wanita Ditemui Terlentang Di Hadapan KFC Wisma Sanyan. Sumber gambar: FB Info Sibu

Pihak polis telah menerima panggilan kecemasan dan terus bergegas ke tempat kejadian. Kes ini masih disiasat manakala mayat wanita tersebut telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Diharap orang awam yang mempunyai maklumat dengan kejadian ini dapat membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat yang betul untuk memudahkan penyiasatan dan juga diharap orang awam berhenti mengecam serta membuat sebarang spekulasi bagi menghormati mendiang dan keluarganya.

Bunuh diri bukanlah jalan terakhir. Sekiranya anda mahupun orang terdekat anda memerlukan teman untuk meluahkan perasaan dan tekanan, anda boleh menghubungi Befrienders di talian 03-76272929 atau menelefon teman yang boleh anda percayai.