Seorang peniaga makanan dipercayai dibunuh apabila mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, pada Khamis.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang menetap di daerah tersebut.
Wanita dibunuh ketika COD makanan

Foto hiasan
Pihak polis telah menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada 12.45 tengah hari Khamis.
“Bertindak atas maklumat diperoleh, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian.
“Terdapat unsur-unsur jenayah pada tubuh badan si mati,” kata Wan Mohd Zahari.
Menurut saksi, mangsa telah ke kawasan tempat kejadian untuk membuat urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam Rabu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta untuk berhubung dengan balai polis berhampiran.
Sumber: Free Malaysia Today
The post Mayat Wanita Ditemukan Tepi Sungai, Dipercayai Dibunuh Ketika Buat COD appeared first on Borak Daily.

