Mayat wanita ditemukan terapung di Taiping

16 Nov 2024 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa merupakan seorang wanita dewasa namun identitinya masih tidak dapat dikenal pasti - Gambar hiasan 123RF

IPOH - Mayat seorang wanita ditemukan terapung di lombong Tekah Permai, Taiping, dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.13 pagi hasil maklumat polis.

"Mangsa merupakan seorang wanita dewasa namun identitinya masih tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping mengambil masa 15 minit untuk menarik mayat mangsa ke tebing sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved