Maybank Di Kota Kinabalu Ini Jadi Spot Tarikan Pelancong Luar Untuk Bergambar

Entertainment
10 Aug 2024 • 10:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kota Kinabalu, Sabah kini semakin menjadi destinasi percutian ramai pelancong asing dari luar negara khususnya dari negara China dan Korea Selatan.

Kini, ramai pemandu pelancong di Sabah yang fasih bertutur dalam kedua-dua bahasa tersebut untuk memudahkan kerja-kerja mereka membantu para pelancong.

Namun, baru-baru ini ada satu lokasi di Sabah yang menjadi tarikan baru pelancong-pelancong luar ini untuk bergambar iaitu di depan bank Maybank cawangan Kota Kinabalu.

Menurut perkongsian Facebook Asean Skyline, lokasi berkenaan popular dalam kalangan pelancong dari negara China.

image is not available

Difahamkan, Maybank cawangan Kota Kinabalu itu telah ditutup sementara waktu, jadi hanya tinggal papan tanda ikonik kuning logo Maybank sahaja buat masa kini.

Mungkin sebab itulah ia menarik perhatian pelancong luar untuk bergambar kerana tiada yang lalu lalang di luar bangunan itu.

Rata-rata warganet di ruangan komen juga berpendapat lokasi tersebut mungkin menjadi lokasi untuk pelancong bergambar kerana ia mempunyai cahaya yang bagus dan nampak Instagrammable.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.