Maybank IB unjur pendapatan KLK meningkat dalam masa 3 tahun didorong pembukaan pusat beli-belah di Bandar Seri Coalfields

Business & Finance
14 Jul 2023 • 10:49 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Maybank IB unjur pendapatan KLK meningkat dalam masa 3 tahun didorong pembukaan pusat beli-belah di Bandar Seri Coalfields

azan

14/07/2023 - 10:49

KUALA LUMPUR 14 Julai - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KL) menerusi anak syarikatnya, KLK Land Sdn. Bhd. bersedia untuk meningkatkan pendapatan dalam masa tiga tahun didorong pembukaan pusat beli-belah runcitnya di Bandar Seri Coalfields (BSC).

Firma itu berkata, sepanjang tiga tahun lalu, bahagian hartanah mencatatkan purata RM182 juta/RM59 juta dalam hasil tahunan/keuntungan operasi (daripada BSC sahaja), menyumbang kurang 5% daripada keuntungan kumpulan KLK.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pemangkin yang boleh membantu memacu sumbangan KLK Land dalam jangka sederhana.

"Cadangan pembukaan pusat beli-belah baharu yang disasarkan pembukaannya menjelang akhir 2025 akan melengkapkan kemudahan di BSC untuk perbandaran mampan.

"Ia juga akan menjadi pemangkin pembangunan masa depan di sana kerana BSC membentuk sebahagian daripada tanah seluas 2,670 hektar diperuntukkan untuk pembangunan hartanah di kawasan itu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma itu berkata, terdapat perbincangan baru-baru ini tentang potensi kebangkitan semula projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura HSR)

Katanya, sekiranya dihidupkan semula berdasarkan jajaran asal, KLK mungkin penerima manfaat kerana salah satu hentian yang dicadangkan terletak di sebelah Pembangunan Gerbang Nusajaya seluas 202 hektar di bawah Scope Energy (kerjasama antara KLK dan UEMS [pegang, TP: 27 sen]).

"Selain itu, KLK Land mempunyai satu lagi persediaan JV serupa di Kulai, Pembangunan Fraser seluas 1,011 dizonkan untuk pembangunan perindustrian dan campuran yang boleh dilancarkan jika minat dalam pasaran hartanah Johor meningkat.

"Kami tidak membuat perubahan terhadap unjuran pendapatan kami," katanya.

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan TP RM23.90 sesaham. - DagangNews.com