Maybank Lancar Ciri Keselamatan Baharu ‘Money Lock’

LocalTechnology
6 Jan 2025 • 4:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Maybank Lancar Ciri Keselamatan Baharu ‘Money Lock’

Perkhidmatan perbankan Maybank, kini hadir dengan ciri keselamatan baharu, Money Lock, lapor Astro AWANI.

Menurut Maybank, ciri baharu itu menawarkan aspek keselamatan buat pelanggan, dengan lebih penekanan di mana pengguna dapat melindungi (kunci) wang melalui ciri Money Lock.

Secara tidak langsung, perkara ini akan membendung akses wang secara atas talian.

Menurut Maybank, lapisan keselamatan ini dapat mengurangkan kebimbangan pelanggan terhadap wang simpanan berhubung sebarang isu keselamatan kewangan.

Hanya serendah RM10 (duit simpanan), pengguna dapat menikmati ciri keselamatan terbaharu ini

Fungsi Money Lock

Setelah ciri diaktifkan, simpanan tersebut tidak boleh diakses melibatkan perkhidmatan seperti transaksi pemindahan dalam talian, pengeluaran ATM, penggunaan kad debit, pembayaran bil, penempatan deposit tetap dan banyak lagi.

Ciri keselamtan ini merupakan yang pertama diperkenalkan oleh Maybank, dalam usaha meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan perbankan Maybank.

Cara Aktifkan Money Lock

Bagi menikmati ciri ini, pengguna perlu membuka aplikasi MAE. Kemudian, pilih Accounts dan tekan pada ikon “Money Lock” untuk pengaktifan.

image is not available
Gambar: ASTRO Awani

Bagaimanapun, sekiranya pengguna berubah fikiran untuk membuka semula ciri Money Lock, pengguna perlu hadir ke mana-mana mesin ATM atau cawangan Maybank di seluruh negara.

Sumber: Astro AWANI