Maybank MAE Perkenal Sokongan Multi-Akaun – Boleh Pautkan Satu Akaun Individu, Dan Sehingga 5 Akaun Perniagaan

TechnologyDigital
26 Jun 2024 • 7:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank hari ini secara rasminya mengumumkan sokongan multi-akaun atau dinamakan mereka sebagai multi-akses pada aplikasi MAE. Menggunakannya, pengguna boleh pautkan satu akaun individu, dan sehingga 5 akaun perniagaan melaluinya. Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk menguruskan pelbagai perihal kewangan peribadi dan perniagaan, terus menggunakan satu peranti sahaja.

image is not available

Sebelum ini, ia agak sukar untuk para pengguna Maybank yang turut mempunyai akaun perniagaan untuk menggunakan peranti sama dalam menguruskan kewangan. Dengan langkah multi-akses ini, ia sekaligus memudahkan pengguna perkhidmatan perbankan Maybank berkenaan.

image is not available

image is not available

Pengguna MAE boleh ke tap pada ikon Settings dibawah gambar profil pengguna, dan seterusnya boleh memilih “Switch” untuk melakukan pertukaran akaun atau menambah akaun M2U yang lain.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi MAE, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baharu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved