Maybank Masih Sedang Menilai Penawaran Google Wallet

TechnologyDigital
17 Nov 2022 • 11:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada minggu ini, pihak Google telah pun memperkenalkan perkhidmatan pembayaran nirtunai mereka, Google Wallet di Malaysia. Ketika pengenalan, sebanyak empat bank menyokongnya, iaitu CIMB, Hong Leong Bank, HSBC dan juga Public Bank.

Dengan pengumuman ini, salah satu persoalan berkenaan dengannya adalah penawaran khidmat sama oleh Maybank.

image is not available

Menjawab pertanyaan berkenaan, wakil Maybank menyatakan bank tersebut sedang menilai kebarangkalian penawaran perkhidmatan Google Pay pada masa akan datang. Buat masa ini, pelanggan Maybank boleh menggunakan khidmat pembayaran digital melalui MAE, Apple Pay dan juga Samsung Pay.

Jadi, bagi pengguna peranti Android yang menggunakan bank Maybank, mungkin anda perlu nantikan seketika lagi sebelum dapat menggunakan khidmat Google Wallet ini.