Maybank mohon maaf, perkhidmatan dalam talian alami gangguan

25 Jul 2023 • 3:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Maybank memaklumkan bahawa perkhidmatannya di aplikasi MAE dan platform web sedang mengalami gangguan.

KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya di aplikasi MAE dan platform web sedang mengalami gangguan.

Maybank dalam satu kenyataan di Twitter memohon maaf kepada semua pengguna dan berkata, ia sedang berusaha menyelesai dan memulihkan perkhidmatannya yang terjejas.

"Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini.

"Kami menghargai sikap timbang rasa dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus memaklumkan kepada mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U," katanya.

Untuk bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi dengan bank melalui platform media sosialnya. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved