Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei

Business & Finance
3 May 2023 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Maybank akan menyemak semula kenaikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR). - Foto Bernama

MAYBANK akan menyemak semula kenaikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini berikutan pengumuman mengenai kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) pada Rabu.

SBR dan BR Maybank akan dinaikkan daripada 2.75 peratus setahun kepada 3.00 peratus setahun manakala BLR akan disemak semula daripada 6.40 peratus setahun kepada 6.65 peratus, katanya dalam kenyataan.

"Begitu juga, SBR dan BR Islam akan ditingkatkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.75 peratus setahun kepada 3.00 peratus setahun manakala kadar pembiayaan asas Islam akan ditambah kepada 6.65 peratus setahun berbanding 6.40 peratus sebelum ini," katanya.

Sejajar dengan semakan itu, kadar simpanan tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaraskan ke atas berkuat kuasa 8 Mei ini.

Semakan terakhir kadar asas Maybank adalah pada 7 November lepas apabila ia dinaikkan daripada 2.50 peratus setahun kepada 2.75 peratus setahun berikutan peningkatan OPR pada kuantum yang sama. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved