Public Bank naikkan kadar pinjaman asas 0.25 peratus

Business & Finance
3 May 2023 • 8:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUBLIC Bank akan menaikkan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR)/ kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa pada 8 Mei 2023.

Bank itu dalam kenyataan pada Rabu berkata, langkah tersebut adalah sejajar dengan kenaikan terkini kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 25 mata asas (bps).

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM dalam mesyuarat pada Rabu telah menaikkan OPR sebanyak 25 bps kepada 3.00 peratus daripada 2.75 peratus sebelum ini.

"SBR Public Bank adalah 3.00 peratus seiring dengan OPR tersebut, manakala BR akan dinaikkan kepada 3.52 peratus daripada 3.27 peratus.

"BLR/FLR akan dinaikkan kepada 6.72 peratus daripada 6.47 peratus,” menurut Public Bank.

Pada masa sama, kadar deposit tetap bank ini akan turut diselaraskan meningkat berkuat kuasa pada tarikh yang sama. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved