Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik

Cars
3 Jun 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas mengesahkan pembukaan tempahan awal bagi CX-60, kini pengedar sah turut diberi lampu hijau untuk membuka pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback).

Varian Baharu Diperkenalkan

image is not availableimage is not available

Walaupun Mazda 3 generasi keempat (BP) sudah pun ditawarkan di Malaysia sejak Oktober 2023 dalam varian 2.0L (High, High Plus dan Ignite Edition), ini kali pertama sejak 2019 enjin 1.5L kembali ditawarkan, kali ini dengan penambahbaikan ketara.

Menariknya, varian 1.5L kali ini bukan lagi varian asas atau entry-level biasa. Ia tampil dalam spesifikasi High Plus, menggantikan varian ‘Mid’ yang pernah diperkenalkan dahulu. Malah, harga juga lebih mampu milik, dijangka sekitar RM118,900, berbanding RM149,320 bagi versi terdahulu (1.5 Mid).

Spesifikasi Menarik Mazda 3 1.5 High Plus

image is not available

Sumber dalaman mendedahkan, varian baharu ini bukan sekadar tampil dengan enjin lebih kecil, tetapi membawa pelbagai ciri dan teknologi yang setanding model 2.0L dan lebih menarik daripada 1.5 Mid yang ditawarkan sebelum ini.

image is not available

Antara kelengkapan utama termasuk rim 18 inci, sistem pendingin hawa automatik, tempat duduk larasan automatik, balutan kulit penuh, paparan infotainmen 10.25 inci, sensor parkir depan dan belakang, kamera undur, lampu LED dengan pencahayaan eksklusif Mazda serta pakej ADAS penuh.

Berbeza dengan varian 1.5 Mid yang hanya didatangkan dengan rim 16 inci, sistem pendingin hawa dan pelarasan tempat duduk manual, balutan tempat duduk fabrik, unit infotainmen 8.8 inci, lampu depan halogen, di sambing ketiadaan sensor parkir dan pakej ADAS yang tidak lengkap.

Ini menjadikan varian 1.5 High Plus sebagai antara pilihan paling berbaloi dalam segmen C, tanpa ‘mengorbankan’ teknologi dan gaya.

image is not availableimage is not available

Dari segi trenkuasa, Mazda 3 1.5 High Plus dikuasakan oleh enjin 1.5L 4 silinder dengan sistem suntikan terus, menghasilkan 118 hp dan 153 Nm. Walaupun kuasanya lebih rendah berbanding versi 2.0L, prestasi penjimatan bahan api dijangka lebih baik, sesuai untuk pemanduan di kawasan bandar.

Diimport Dari Jepun

Seperti model 2.0L, Mazda 3 1.5 High Plus ini juga akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Penghantaran dijangka bermula sekitar September 2025, selari dengan jadual penghantaran untuk Mazda CX-60.

Mazda 3 1.5 High Plus bakal hadir dengan jaminan 5 tahun atau 100,000 km dan pakej penyelenggaraan percuma yang sama seperti model-model Mazda lain di bawah Bermaz.

image is not available