Untung bersih Pekat meningkat lebih 3 kali ganda kepada RM12.06 juta pada 1QFY25

Business & Finance
20 May 2025 • 3:19 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih Pekat meningkat lebih 3 kali ganda kepada RM12.06 juta pada 1QFY25

image is not available

20/05/2025 - 15:19

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 20 Mei – Untung bersih Pekat Group Bhd pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) meningkat kepada RM12.06 juta lebih tiga kali ganda berbanding RM3.78 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatan kumpulan melonjak kepada RM150.31 juta berbanding RM57.63 juta sebelumnya, disokong pertumbuhan kukuh dalam semua segmen perniagaan serta kejayaan memperoleh kontrak utama.

Segmen perlindungan pembumian dan kilat (ELP) mencatat hasil RM16.2 juta, naik 79.4%, manakala segmen perdagangan menyumbang RM13.4 juta, meningkat 12.2%.

Pendapatan sesaham bagi tempoh tersebut turut meningkat kepada 1.87 sen berbanding 0.59 sen setahun lalu.

Segmen solar fotovoltaik kekal sebagai penyumbang utama dengan hasil RM92.8 juta, meningkat 153.2% berbanding tahun lalu, disokong pelaksanaan lebih banyak projek dalam sektor komersial, industri, dan kediaman.

Pertumbuhan juga didorong projek dalam Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) 29.99 MWac milik kumpulan, yang dijangka menyumbang pendapatan berulang dan hasil EPCC pada suku akan datang.

Segmen peralatan agihan kuasa melalui EPE Switchgear (M) Sdn Bhd mencatat sumbangan pertama dengan pendapatan RM27.9 juta.

Setakat 31 Mac 2025, baki tunai dan bank Pekat meningkat kepada RM62.8 juta, manakala jumlah aset bertambah kepada RM481 juta berbanding RM433.2 juta pada akhir tahun kewangan 2024.

standard