GOMBAK, 8 MAC: Dato’ Menteri Besar mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk melalui Program Gerak Rahmah di Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Gombak A di sini, hari ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari yang tiba pada jam 2.30 petang turut menyampaikan 10 bakul kotak makanan Bakul Rahmah kepada golongan memerlukan.
Hadir sama EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Nasional (JPNIN) Selangor Burhanuddin Daud serta Pegawai Daerah Gombak Azlina Aziz.

Amirudin mengagihkan 500 bubur lambuk percuma menerusi kaedah pandu lalu pada program anjuran JPNIN Selangor itu bagi meraikan Ramadan bersama warga Taman Seri Gombak.
Ahli Parlimen Gombak itu seterusnya melawat kebun komuniti KRT selain meluangkan masa bertanya khabar kepada penduduk setempat.
Dato’ Menteri Besar dijadual mengedar kurma dan bubur lambuk kepada orang ramai di Bazar Ramadan AU2 Hulu Kelang petang ini.



The post MB edar kotak makanan, bubur lambuk kepada warga Taman Seri Gombak appeared first on Selangorkini.

