MB: Janji kepada anak Selangor ditunaikan, 21,000 terima manfaat RM1,500

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MB: Janji kepada anak Selangor ditunaikan, 21,000 terima manfaat RM1,500

SHAH ALAM, 7 OKT: Manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya menjadi simbol janji Kerajaan Negeri yang ditunaikan selepas dibuat sejak kelahiran anak-anak Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata komitmen itu kini dizahirkan menerusi pembayaran manfaat RM1,500 kepada kumpulan pertama ahli TAWAS yang lahir pada 2008.

“Ini bukan sekadar penyerahan bantuan, tetapi janji yang dikotakan Kerajaan Negeri sejak kelahiran mereka yang dizahirkan apabila mereka melangkah ke alam dewasa,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pada 3 Oktober lalu, kumpulan pertama ahli TAWAS menerima manfaat bantuan kewangan berkenaan pada majlis Perasmian Program TUAH (Tuaian Anak Harapan TAWAS).

Pada majlis itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM31 juta bagi pembayaran manfaat RM1,500 kepada 21,000 penerima kumpulan pertama TAWAS tahun ini.

Dalam program berkenaan, seramai 370 ahli TAWAS daripada 12 kawasan Dewan Negeri di seluruh Selangor hadir menerima manfaat masing-masing.

TAWAS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan menerusi YAWAS bagi menyediakan manfaat kewangan kepada anak Selangor apabila mencapai usia 18 tahun.

Program berkenaan kemudiannya digantikan dengan ANAS yang menyediakan simpanan awal menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai persediaan pendidikan anak pada masa depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved