Bantuan SARA Bulanan Mula Dikredit Ke MyKad Penerima Hari Ini – MOF

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 9:24 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Bantuan SARA Bulanan Mula Dikredit Ke MyKad Penerima Hari Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X hari ini memaklumkan sejumlah RM100 bantuan SARA bulanan akan dikreditkan kepada isi rumah yang menerima manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala masing-masing RM50 sebulan kepada warga emas dan bujang.

Menurut MoF, bagi penerima STR dan eKasih pula, isi rumah akan menerima RM200 bantuan SARA setiap bulan, selain RM150 untuk warga emas dan RM100 kepada golongan bujang.

MoF memaklumkan sebanyak 15 kategori barangan telah diluluskan bagi pembelian menggunakan SARA merangkumi lebih 140,000 pilihan barangan asas seperti beras, telur, roti, minyak masak, ubat-ubatan di kaunter, makanan sejuk beku, makanan dalam tin serta keperluan sekolah.

SARA boleh digunakan di lebih 14,700 pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara.

The post Bantuan SARA Bulanan Mula Dikredit Ke MyKad Penerima Hari Ini – MOF appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved