MB Johor bantu mangsa kemalangan

19 Jun 2023 • 6:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sempat membantu mangsa kemalangan di Jalan Danga Bay, berhampiran Country Garden, selepas pulang daripada meninjau jalan raya di Senai dan Skudai, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.49 pagi itu, menteri besar dilihat bersama-sama anggota bomba membantu seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan, menerusi beberapa keping gambar yang tular di media sosial.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar berkata seramai 11 anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tiga Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan tersebut melibatkan seorang lelaki yang cedera selepas motosikal jenis Honda 150R yang ditunggang terbabas dan melanggar sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengeluarkan mangsa daripada bawah kereta sebelum menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada 9.16 pagi. -BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved