Kontroversi ‘Network School’ Berkait Israel Di Forest City, MB Johor Desak Siasatan

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 5:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Kontroversi ‘Network School’ Berkait Israel Di Forest City, MB Johor Desak Siasatan

Kerajaan Johor menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana organisasi menggunakan negeri itu sebagai pangkalan untuk menyebarkan ideologi yang bercanggah dengan undang-undang, kedaulatan dan kepentingan Johor serta Malaysia.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengarahkan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam menjalankan siasatan segera terhadap Network School yang beroperasi di Forest City susulan dakwaan penglibatan warga Israel.

Menurut beliau, siasatan perlu memberi tumpuan kepada identiti, kewarganegaraan serta penggunaan pasport kedua oleh individu yang dikaitkan dengan komuniti tersebut. Semua pas imigresen dan dokumen perjalanan mereka juga perlu disemak bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang.

Di peringkat negeri, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Pejabat Tanah dan Galian Johor serta agensi berkaitan turut diarahkan menyemak pematuhan terhadap syarat pelesenan, penggunaan tanah, peraturan bangunan, penginapan dan aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Onn Hafiz menegaskan tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan pas imigresen, pelanggaran syarat lesen atau sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara serta kepentingan Johor.

Kontroversi mengenai Network School mula mendapat perhatian pada Oktober tahun lalu selepas Nas Daily mempromosikan komuniti itu menerusi video yang dirakam di Forest City.

Dakwaan baharu mengenai kehadiran warga Israel di lokasi tersebut kembali mencetuskan perhatian pada Mei lalu, manakala pihak Forest City memaklumkan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


Nak jumpa kami secara bersemuka? Singgah ke Invest Fair di Mid Valley Exhibition Centre pada 18-19 Julai 2026, di Booth 330, Hall 3. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan merchandise eksklusif Intraday, selagi stok masih ada!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved