MB Johor Pertimbang Kembalikan Cuti Hujung Minggu Sabtu & Ahad Lepas Ramai ‘Complaint’

Entertainment
14 Jun 2022 • 3:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan Johor akan mengkaji semula hari cuti hujung minggu yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu di negeri tersebut, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghaz, hari ini.

Beliau berkata ia berikutan dengan rungutan orang ramai mengenai hari cuti hujung minggu yang berbeza antara dua sektor iaitu kerajaan dan swasta, lapor malaymail.

“Mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu berbeza untuk kerajaan dan swasta, kerajaan Johor akan mengkaji semula perkara ini (penetapan cuti hujung minggu).”

“Ia agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama, saya akan umumkan selepas mendapat kaedah paling tuntas bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

image is not available

Kerajaan Johor telah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari rehatnya sejak 1 Januari 2014 berikutan titah Sultan Negeri Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena sambutan hari keputeraan baginda ke-55 pada 23 November 2013.

Beliau dilaporkan berkata, perubahan itu bagi memudahkan umat Islam di negeri ini menunaikan solat Jumaat. Sebelum itu, hari Sabtu dan Ahad yang masih menjadi amalan semasa sektor swasta di Johor.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.