MB sertai PM ke Rusia, perkukuh kerjasama dua hala

4 Sep 2024 • 4:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 4 SEPT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari tiba di Vladivostok, Rusia untuk mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Forum Ekonomi Timur (EEF).

Menerusi Facebook, Amirudin memaklumkan perdana menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas ‘Pre-Council’ sejurus tiba, bagi membincangkan agenda semasa lawatan kerja dua hari itu.

“Saya turut mendengar taklimat dan laporan berkait perjalanan program serta memberikan input perihal Selangor dan kesalinghubungannya dengan Rusia.

“Insya-Allah jadual padat sepanjang satu hari setengah ini akan diisi dengan pertemuan serta perbincangan bersama pelbagai pihak dan industri di Rusia terutama pertemuan khas perdana menteri bersama Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin,” katanya.

Lawatan itu turut disertai Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz.

Terdahulu, media melaporkan pesawat khas yang membawa perdana menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada jam 6.33 pagi waktu Malaysia.

Anwar yang juga menteri kewangan akan menghadiri EEF kesembilan pada 3 hingga 6 September dan berucap dalam sidang pleno pada 5 September.

Kemuncak lawatan adalah pertemuan dua hala dengan Putin dan Anwar dijangka mengulangi hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved