MB seru jaga kerukunan, merdeka bukan bererti bebas buat apa sahaja

31 Aug 2024 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 31 OGOS: Rakyat Selangor diseru membebaskan minda daripada kejumudan dan sentiasa memperkuat kesepaduan antara kaum demi menjamin kedaulatan negara.

Dato’ Menteri Besar berkata segala pencapaian negeri ini dan negara secara umumnya disumbangkan oleh rakyat yang bukan sahaja berjiwa bebas malah mampu menerima pembaharuan.

“Jiwa Merdeka ialah mereka yang terbuka fikirannya, yang tahu mana salah dan silap, mana yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh, yang mengerti perihal perlembagaan kita, raja kita, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan juga kerukunan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum.

“Jiwa merdeka dapat melahirkan insan yang memahami dan mematuhi undang-undang, cintakan kedamaian serta mengekalkan perpaduan.

“Rakyat Selangor mesti ada jiwa merdeka. Ciri ini harus kita pertahankan bersama-sama sempena sambutan kemerdekaan tahun ini,” ucap Dato’ Seri Amirudin Shari pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri malam tadi.

Berucap di hadapan lebih 60,000 pengunjung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, beliau mengingatkan rakyat untuk kekal menjaga tingkah laku walaupun negara bebas merdeka.

“Walaupun bebas merdeka tetapi masih perlu menjaga kerukunan. Bebas merdeka bukan bererti mulut boleh celupar, berkata dan berbuat apa sahaja kerana negeri ini ada perlembagaan, peraturan.

“Peraturan ini menaungi kita selama ini dan jiwa merdeka rakyat Selangor dan Malaysia yang mempertahankan negara serta undang-undang dengan sepenuh jiwa,” katanya.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan pentadbiran negeri dan EXCO serta orang ramai menyambut Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan pentadbiran negeri dan EXCO teruja menyaksikan perarakan kontijen pada Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

image is not available
Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia melakukan perarakan sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

image is not available
Ribuan pengunjung pelbagai bangsa membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk meraikan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

image is not available
Ribuan pengunjung pelbagai bangsa membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk meraikan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri pada 30 Ogos 2024. REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

image is not available
Ribuan pengunjung meraikan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

image is not available
Ribuan pengunjung meraikan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

image is not available
Orang ramai menyaksikan pertunjukkan cahaya laser mapping pada bangunan Hotel Mardhiyyah sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

image is not available
Orang ramai menyaksikan pertunjukkan cahaya laser mapping pada bangunan Hotel Mardhiyyah sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

image is not available
Ribuan pengunjung pelbagai bangsa membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk meraikan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

image is not available
Orang ramai menyaksikan pertunjukkan bunga api sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Orang ramai menyaksikan pertunjukkan bunga api sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

image is not available
Orang ramai menyaksikan pertunjukkan bunga api sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR