MB Terengganu dakwa pergerakan dipantau, talian telefon dipintas – “Saya dilabel TCO”

LocalPolitics
10 Apr 2025 • 5:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendedahan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang mendakwa dirinya dikenakan pemantauan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh pihak berkuasa telah mengejutkan ramai.

Ujar Ahmad Samsuri lagi, talian telefon bimbitnya turut dipintas dan akan pergerakannya akan dipantau walaupun atas urusan peribadi.

Mengikut sistem keselamatan negara, TCO satu bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.

MB Terengganu

image is not available

“Saya telah dilabel sebagai ‘TCO’ dalam sistem kawalan sempadan, oleh satu pihak cawangan khusus. Seolah-olah saya ini adalah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan satu sindiket dan gangster, atau persona non grata di tanah air saya sendiri.

“TCO satu bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini.

MB Terengganu

image is not available

Beliau memberitahu status tersebut membolehkan segala pergerakan, komunikasi, dan interaksi seseorang dipantau secara menyeluruh, senyap, dan berterusan.

Katanya, ia dilaksanakan atas nama ‘untuk keselamatan negara’ atau ‘untuk kestabilan politik’, tetapi realitinya sering digunakan sebagai alat politik dan cara mudah untuk untuk mengumpul maklumat politik pihak lawan, sebagai usaha untuk mengawal dan menekan suara tertentu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved