Mbappe Merajuk, PSG Upah 'Cybertrooper' Kecam Mbappe?

14 Oct 2022 • 12:13 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Nama bintang bola sepak Eropah Kylian Mbappe kini semakin panas. Biarpun telah menolak tawaran ke Real Madrid pada jendela perpindahan yang lepas, terkini ada desas desus hubungannya dengan kelab Paris Saint Germain telah putus.

Beliau menjadi subjek serangan dalam media sosial yang dipercayai diwujudkan oleh kelabnya sendiri. Pada 2019, Mbappe buat kali pertama menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab, dan sejak itu dia sering menjadi sasaran di media sosial.

“PSG menegaskan kelab tidak pernah membiayai agensi untuk membahayakan individu atau institusi,” kata kelab.

Tidak lama selepas penafian dibuat, PSG mengesahkan kepada RMC Sport mereka tidak bersalah.

“Adakah anda benar-benar fikir kami mengupah orang untuk menipu pemain kami sendiri? Ia tiada kaitan dengan kelab.

“Kami menghabiskan tahun lalu dengan memperbaharui kontrak Mbappe, perjanjian terbesar dalam sukan dunia dan melibatkan Presiden Macron.

“Anda fikir pada masa yang sama kami sengaja ‘mengenakannya’?” kata gergasi bola sepak Perancis itu.

Penyerang Perancis itu me­rasakan dirinya telah ‘di­khianati’ kerana kelab gagal mengotakan beberapa janji mereka sedangkan dia te­lah menolak tawaran untuk menyer­tai Real ­Mad­rid dan kekal di Paris.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved