Mbappe tepis khabar angin tinggalkan PSG

Football
17 Oct 2022 • 1:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mbappe terkejut khabar angin akan berhijrah ke Real pada Januari depan. - Foto Agensi

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe terkejut apabila dikaitkan spekulasi dia mahu bertukar angin beraksi dalam kancah La Liga untuk menyertai Real Madrid Januari depan.

Pemain antarabangsa Perancis itu pantas menafikan khabar angin tersebut sebaliknya mahu terus kekal beraksi di Paris.

“Saya tidak pernah meminta untuk berpindah pada Januari depan,” katanya kepada media selepas PSG menang 1-0 ke atas Olympique de Marseille pada aksi Ligue 1 pada Ahad.

Mbappe juga mengakui tidak memahami bagaimana desas-desus itu muncul pada hari perlawanan Liga Juara-Juara PSG menentang Benfica baru-baru ini.

“Saya tidak terbabit dalam maklumat ini sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Beberapa media Perancis sebelum ini melaporkan penyerang itu bosan dengan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi yang gagal memenuhi janjinya dan mahu meninggalkan kelab secepat mungkin.

“Sama seperti orang lain, saya sangat terkejut dengan berita ini. Orang menyangka saya terbabit, tetapi sebenarnya tidak,” ujar Mbappe.

Penyerang berusia 23 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke juara La Liga, Real pada hujung musim dan dijangka meninggalkan PSG selepas lima tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved