Mbappe yakin mampu menang

FootballSports
13 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mbappe yakin mampu menang

MADRID – Kylian Mbappe menepis dakwaan bahawa dirinya gagal dan masih percaya layak untuk memenangi Ballon d’Or edisi 2026 walaupun tidak dapat membantu menghadiahkan sebarang trofi kepada Real Madrid musim lalu.

Penyerang antarabangsa Perancis itu mengakui kejayaan bersama kelab dan negara penting, namun baginya anugerah berprestij tersebut adalah pengiktirafan terhadap prestasi individu.

“Saya percaya saya boleh memenanginya pada tahun ini. Ia antara sasaran jangka pendek yang telah saya tetapkan dalam karier.

“Orang berkata saya tidak memenangi trofi bersama kelab atau negara, tetapi Ballon d’Or adalah anugerah individu. Tiada pemain yang lebih baik daripada saya (pada musim lalu),” katanya.

Sebagai rekod, Mbappe bukan cakap kosong apabila berjaya meledak 15 gol dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan 25 gol dalam La Liga sebelum menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia kepada 22 jaringan.

Mengulas lanjut, Mbappe percaya pencapaiannya dalam Piala Dunia menjadi bukti mengapa namanya wajar diundi oleh panel wartawan sukan terkemuka di 100 negara ranking terbaik di dunia.

“Bukan mudah untuk menjaringkan gol di Piala Dunia dan lebih sukar untuk merampas status penjaring terbanyak kejohanan berprestij itu pada usia 27 tahun daripada Lionel Messi,” katanya.

Anugerah Ballon d’Or akan berlangsung pada 26 Oktober depan dengan beberapa nama menjadi calon utama seperti Vinicius Junior, Messi, Mbappe dan Harry Kane. – AGENSI

 

The post Mbappe yakin mampu menang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved