MBDK bantu usahawan Klang tembusi pasaran Jepun

LocalBusiness & Finance
4 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBDK bantu usahawan Klang tembusi pasaran Jepun

SHAH ALAM, 4 NOV: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) terus memperkasa usahawan tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa menerusi penyertaan dalam Malaysia Fair Tokyo 2026 di Toyosu Park, Tokyo, Jepun.

Program yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November itu bertujuan membantu usahawan Klang memperluas jaringan perniagaan dan meningkatkan keterlihatan jenama di peringkat global.

Menurut MBDK, peranannya sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan sekadar tertumpu kepada pembangunan dan pengurusan bandar, malah turut menyokong pertumbuhan ekonomi serta daya saing perusahaan tempatan.

“Inisiatif ini membantu membuka peluang kepada usahawan Selangor untuk membina jaringan perniagaan, meneroka pasaran baharu dan mengembangkan jenama di peringkat global.

“MBDK akan terus komited dalam memperkasa usahawan Klang dari peringkat domestik hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya menerusi Facebook.

Image from: MBDK bantu usahawan Klang tembusi pasaran Jepun
Pengunjung mendapatkan makanan di gerai usahawan tempatan sempena Malaysia Fair Tokyo 2026 di Toyosu Park, Tokyo, Jepun pada 30 Oktober 2026. Foto MBDK

Penyertaan usahawan bimbingan MBDK turut membuahkan hasil apabila syarikat tempatan, NIMS ADELICIOUSZ Sdn Bhd, mencatat jualan melebihi 300,000 yen sepanjang tiga hari program berlangsung.

Pencapaian itu memperlihatkan potensi produk keluaran Klang untuk menarik minat pengguna dan bersaing di pasaran luar negara.

Program berkenaan dirasmikan Duta Besar Malaysia ke Jepun, Dato' Ahmad Rozian Abd Ghani dan turut dihadiri Timbalan Menteri Luar Jepun merangkap Ahli Parlimen Tokyo ke-15, Koki Ozora.

Turut terlibat ialah Platform Selangor (PLATS) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved