MBDK dekati pelajar Klang, bina hubungan sejak bangku sekolah

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBDK dekati pelajar Klang, bina hubungan sejak bangku sekolah

KLANG, 5 OKT: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mahu membina hubungan lebih awal dengan generasi muda bagi memastikan pelajar memahami peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan fungsi mereka dalam pembangunan bandar.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, Dato’ Abd Hamid Hussain berkata pendekatan itu dilaksanakan antaranya menerusi Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor (K-SEMANIS) yang kini memasuki penganjuran kali keenam.

Menurutnya, program berkenaan bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar dan guru mengetengahkan idea kreatif serta inovatif, malah menjadi platform untuk mendekatkan golongan muda dengan MBDK.

Image from: MBDK dekati pelajar Klang, bina hubungan sejak bangku sekolah
Datuk Bandar Klang Dato' Abd Hamid Hussain bercakap kepada media selepas majlis perasmian Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor (K-SEMANIS '26) dan Majlis Apresiasi Pengiktirafan Prestasi, Inspirasi Dan Kecemerlangan Akademik Daerah Klang Tahun 2025 (PRISMA???25) di Wyndham Acmar, Klang pada 4 Oktober 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Kita mahu mereka mengenali MBDK, bukan hanya melihat PBT sebagai pihak yang mengutip sampah atau mengeluarkan lesen.

“Kita mahu mereka tahu bagaimana MBDK membantu masyarakat dan memberi ruang untuk mereka turut serta dalam program yang kita anjurkan,” katanya kepada Media Selangor.

Abd Hamid berkata Klang mempunyai lebih 100 sekolah dengan kira-kira 150,000 pelajar, sekali gus menjadikan golongan itu kelompok penting dalam membentuk masa depan bandar berkenaan.

Justeru, katanya, hubungan dengan pelajar perlu dibina sejak bangku sekolah supaya mereka lebih memahami peranan PBT selain mempunyai ruang untuk terlibat dalam program pembangunan komuniti.

“MBDK melihat penglibatan ini penting kerana mereka adalah generasi yang akan datang.

“Melalui pertandingan ini, kita dapat melihat pelajar bersama guru mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang,” katanya.

Image from: MBDK dekati pelajar Klang, bina hubungan sejak bangku sekolah
Datuk Bandar Klang Dato' Abd Hamid Hussain menyampaikan Anugerah Ikon Pembudayaan Inovasi kepada Mohd Asri Ayob sempena majlis perasmian Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor (K-SEMANIS '26) dan Majlis Apresiasi Pengiktirafan Prestasi, Inspirasi Dan Kecemerlangan Akademik Daerah Klang Tahun 2025 (PRISMA???25) di Wyndham Acmar, Klang pada 4 Oktober 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata K-SEMANIS turut membantu membudayakan minat terhadap inovasi dalam kalangan murid dan warga pendidik, khususnya dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendigitalan serta kecerdasan buatan (AI).

Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Klang.

Pada majlis sama, Abd Hamid turut menyampaikan Anugerah Ikon Pembudayaan Inovasi kepada Mohd Asri Ayob, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas menerima Anugerah Kelestarian Kajian Tindakan dan Inovasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved