MBDK keluar 14 kompaun, sita dua gerai penjaja warga asing

LocalBusiness & Finance
15 Jul 2026 • 8:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBDK keluar 14 kompaun, sita dua gerai penjaja warga asing

SHAH ALAM, 15 JULAI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan 14 kompaun dan menyita dua gerai dalam operasi penguatkuasaan serta kawalan penjaja di Pasar Malam Sri Serawak, Andalas, semalam.

Operasi yang bermula jam 5 petang itu dilaksanakan Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasa bagi memastikan aktiviti perniagaan di tapak pasar malam berkenaan mematuhi undang-undang kecil serta syarat pelesenan yang berkuat kuasa.

MBDK menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan 14 kompaun dikeluarkan terhadap penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen mengikut Undang-Undang Kecil 3 (UUK 3) Penjaja MPK.

Selain itu, dua tindakan sitaan turut diambil terhadap penjaja warga asing yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen.

"Semua barangan sitaan direkodkan dan dibawa ke stor penguatkuasaan untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

MBDK berkata pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan semua penjaja mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"MBDK akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved