MPS keluar 31 kompaun, sita barangan dalam operasi penjaja

LocalBusiness & Finance
11 Jul 2026 • 1:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPS keluar 31 kompaun, sita barangan dalam operasi penjaja

SHAH ALAM, 11 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan 31 kompaun selain menyita barangan menerusi Operasi Pematuhan Penjaja yang dijalankan di beberapa lokasi baru-baru ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan operasi membabitkan Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MPS itu bertujuan memastikan aktiviti perniagaan dijalankan mengikut syarat serta peraturan yang ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja MPS dengan 26 kompaun dikeluarkan di bawah UUK 3, tiga kompaun di bawah UUK 16(1) dan satu kompaun di bawah UUK 10(2).

“Turut dilaksanakan sitaan barangan terhadap penjaja warga asing yang didapati melakukan kesalahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam operasi itu, MPS turut mengesan enam penjaja di Jalan SM 1, Taman Sunway Batu Caves yang menjalankan perniagaan tanpa permit membabitkan jualan makanan dan minuman menggunakan trak makanan, khemah statik, selain bunga serta buah-buahan bermusim.

“MPS mengeluarkan satu kompaun di bawah UUK 3 selain melaksanakan enam sitaan.

“Di hadapan stesen minyak Shell Sri Batu Caves pula, sitaan di bawah UUK 3 turut dilaksanakan terhadap seorang penjaja durian yang menjalankan perniagaan tanpa permit,” katanya.

Menurut MPS, operasi itu merupakan usaha berterusan bagi memastikan aktiviti penjajaan mematuhi peruntukan undang-undang, sekali gus mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, selamat dan kondusif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved