MBI Nafi Anjing Liar Ditanam Hidup-hidup, Semua Ikut SOP

23 Jul 2025 • 9:33 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan dakwaan bahawa anjing liar yang ditangkap ditanam hidup-hidup di Pusat Kurungan Haiwan Lahat, seperti yang tular di media sosial dan portal berita baru-baru ini.

MBI menjelaskan bahawa pengebumian haiwan terbiar adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) pengurusan haiwan, mengikut garis panduan pihak berkuasa. “Semua haiwan menjalani proses Put To Sleep (PTS) secara berperikemanusiaan, selaras dengan garis panduan dan perundangan berkaitan. Proses PTS dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perak, dan pengebumian dilakukan selepas pengesahan kematian diperoleh,” kata MBI dalam kenyataan.

Langkah ini, menurut MBI, memastikan pengurusan bangkai haiwan dilakukan secara selamat dan mematuhi piawaian kesihatan awam. MBI menegaskan komitmennya untuk mengurus haiwan terbiar secara beretika dan bertanggungjawab, selari dengan tatacara agensi berkaitan.

Semalam, dua video berdurasi 15 dan 13 saat tular di laman Facebook Malaysia Homeless Animal Movement, memaparkan puluhan anjing liar dalam sangkar di atas lori MBI, mencetuskan pelbagai reaksi warganet. MBI menjemput sebarang pertanyaan lanjut kepada Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI atau JPV Negeri Perak.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved