
SHAH ALAM, 23 JUN: Enam keluarga mangsa kebakaran di Kampung Jalan Kebun Tambahan, Shah Alam bakal menerima bantuan RM3,000 dari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya menghulurkan bantuan awal RM300 bagi setiap keluarga selain kit kebersihan dan makanan disteril.
“Setelah menerima berita kebakaran berlaku petang semalam, atas arahan Dato’ Menteri Besar saya hadir untuk serahan bantuan awal RM300 tunai diserahkan terlebih dahulu.
“Manakala baki sumbangan akan diberikan selepas selesai proses dokumentasi selewat-lewatnya minggu hadapan.
“MBI juga turut menghulurkan kit kebersihan dan makanan retort untuk meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui Selangorkini.

Terdahulu, Ahmad Azri melawat mangsa kebakaran bagi menghulurkan sumbangan berkenaan di Pusat Pemindahan Semementara Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Shah Alam Kampung Jalan Kebun Tambahan, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Kampung Jalan Kebun Tambahan Ahmad Muhyidin Dasuki meluahkan rasa syukur atas keprihatinan MBI menghulurkan bantuan yang akan meringankan beban semua mangsa kebakaran.
“Selaku Ketua Kampung di sini saya ingin mengucapkan ribuan terim kasih kepada pihak MBI, bantuan wang tunai yang diberikan memberi sedikit kegembiraan buat mangsa setelah diuji dan memenuhi keperluan mereka,” katanya.
The post MBI santuni enam keluarga mangsa kebakaran di Shah Alam appeared first on Selangorkini.

