Sah Dengan Sekali Lafaz, Watie Mengalir Air Mata Tak Tahan Sebak

Entertainment
23 Jun 2023 • 9:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pasangan merpati dua sejoli, Shuib dan Watie pada malam ini akhirnya telah selamat diijabkabul dengan suasana penuh berkah.

Majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass House Shah Alam diserikan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.

Menerusi video yang dikongsi Official Hlive, Watie dilihat tak dapat menahan sebak dan menangis selepas sah diijabkabul.

Dapat dilihat anak-anak Shuib turut sedondon memakai persalinan berwarna putih. Difahamkan, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 dan jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Wah, selamat pengantin baru Shuib dan Watie!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved